Sunday, October 27, 2019

NASI LEMAK IBU


Bahan nasi lemak
Beras
Santan
Gula dan garam
Daun pandan
Sambalnya:
Cili kering blend
Ikan bilis 
Bawang merah /bawang besar
Bawang putih
Gula dan garam/ perasa.
Caranya:
Basuh beras dan rendamkan selama 10 min.Kemudian buangkan airnya dan masukkan santan.
Santan tu ikut suka nak guna santan segar ke santan kotak tapi ibu suka santan segar.Kalau guna santan kotak pepandai la cairkan sikit santan tu ye.Perasakan santan dengan garam dan gula sikit untuk naikkan rasa lemak santan.Kalau guna santan kotak ibu akan buh sikit minyak masak,ni suka ati ek nak buh ke tak tapi kalau buh nasi akan jadi cantik cam berkilat gitu๐Ÿ˜Š
Masukkan santan sama je macam nak masak nasi biasa .Ibu suka guna daun pandan je tapi kalau nak buh sikit bawang merah yang di mayang pun ok .Ada orang buh halba sikit..pun ok.Ibu agak tak berapa suka kalau buh halia๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…tak tau la kenapa ibu jadi putus selera bila ada halia dalam nasi lemak,๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚ 
Sama dengan makan bubur kacang yang ada halia dalam tu๐Ÿ˜…๐Ÿ˜‚
Bukan salah orang yang masak tu,cuma tak kena dengan tekak ibu je.
Ok selesai bab nasi...๐Ÿ˜Š
Sambal 
tumbuk bawang merah/bawang besar dan bawang putih.Biasanya bawang putih tu sikit je,tumbukkan sekali ikan bilis sikit,ikut banyak mana korang nak isi, ikut citarasa memasing la ye.Kalau nak buat sambal dalam kuantiti yang banyak,boleh la di blend jer semua bahan.
Ok mula2 ibu akan tumiskan daun pandan sehelai,kemudian masukkan ikan bilis yang tak ditumbuk sikit, da garing,masukkan bawang2 dan ikan bilis yg di tumbuk..
Dah garing sikit, masukkan cili kering yang da di mesin.
Masak sampai cili da garing dan naik minyak, masukkan sedikit gula,bila buh je gula,gerenti warna sambal bertukar jadi gelap dan cantik merahnya.
Masukkan sikit air asam jawa, garam,air dan bawang besar yang dimayang,biarkan dia mendidih hingga jadi pekat dan dah diperasakan dengan sempurna, tutup la api.
Ibu selalu pesan pada anak2, nak sambal yang sedap, mesti ada 4 rasa ni, pedas,masin,manis dan masam.
Pepandai korang la mengagak yer,rasanya mesti seimbang,InshaAllah๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘
Ni nasi lemak simple je, ibu lebih suka makan dengan telor berbanding dengan ayam..jom makan๐Ÿ˜‰๐Ÿ˜‰๐Ÿ˜‰

No comments:

Post a Comment