Tuesday, October 29, 2019

DAGING MASAK KICAP/MASAK ITAM

Bahan2nya:
Daging -600gm
Bawang besar -2 biji
Bawang putih -4 ulas
Halia - seinci
Ketumbar biji - 2 sudu besar
Jintan putih - 1 sudu besar
Jintan manis -1/2 sudu besar
Kicap - 1/4 cawan
Sos tiram - 2 sudu besar
Cili serbuk - 2@3 sudu besar
Gula - 2 sudu besar

Caranya:
Daging dihiris ikut suka korang la nak besar mana.
Kemudian perapkan dengan sos tiram,cili serbuk dan gula.
Ketumbar dan jintan disangai dan dimesin kering.
Bawang2 dan halia dimesinkan sekali.
Tumiskan bahan yang telah dimesin, bila dah naik minyak, masukkan daging dan bahan yg disangai,masukkan air dan masak sehingga semuanya empuk, masukkan kicap dan perasakan.Agak2 la kuah tu nak sedang mana, ikut citarasa korang, pastu tutup la api.

*ikut korang la ye kalau rasa nak campurkan kentang ke tomato,cili api,cili besar atau bawang besar yang dimayang,terpulang.
Memasak ni bebas ikut kreativiti dan naluri korang,asalkan sesuai dan kena dengan tekak, kira ok la tu...
Selamat mencuba...πŸ˜‰πŸ˜‰πŸ˜‰





Monday, October 28, 2019

ANAK ANGKATπŸ˜…

Arini ibu nak membebel sket, anggap la cam 'comercial break' jap...kihkih...πŸ˜…πŸ˜…
Nak membawang pasal pendatang baru ni.
Alkisahnya satu hari tu,ibu tengah masak kat dapur dia datang  mengiau panjang dengan suara terketar2,bunyi cam kelaparan sangat.Allahuakbar ibu tengok perut dia kempis macam orang tak makan berhari2.
Sedih betul, walaupun ibu bukan la peminat kucing tapi tak sampai hati tengok keadaan dia camtu.

Bila dah mula bagi makan,makanya dia dah rasa selesa la kot terus nak jadi anak angkatπŸ˜…
Ibu tak kisah, dengan syarat hanya dok kat luar rumah sebab ada penghidap astma dalam rumah ni.
Sekarang ni ibu rasa rimas la jugak sebab tak boleh nak terlapang pintu depan dan belakang, sibuk betul dia asyik mengiau nak masuk rumah ..tengok la tu sanggup dok jadi penunggu kat tingkap, buat muka nak mintak masukπŸ˜…πŸ˜‚πŸ˜‚

Dia punya manja jangan cakap la, kadang tahap mengada ngada.πŸ˜…
Dah buh makanan dia, tak nak plak makan,dok melilit kat kaki, bila ibu usap2 dia terus nak makan, kadang nak suh ibu temankan dia makan bagai.Eh banyak plak cekadak ko ek...πŸ˜‚πŸ˜‚

Amboihhh...kemain lagi dia  bila dapat peluang masuk rumah, ibarat "dunia ana yang ampunya"!!πŸ˜‚
Satu yang bagusnya dia ni,abih semua cicak2 kat rumah ni dikerjakannya.Memang selalu la jumpa bangkai cicak,Alhamdulillah dah kurang tahi2 cicak kat depan tu.
Tapiiii....yang paling geram bila time bebudak mengaji, masa ni memang dia bebas keluar masuk rumah.
Walaupun ramai budak yang suka kucing,tapi ada juga yang penakut, sama la dengan ibu, ibu boleh la usap2 bulu kucing tu, tapi ibu tak suka kucing meleser2 kat kaki atau nak bermanja dok atas riba....eiii memang tak ler...geli weiii...πŸ˜…πŸ˜‚
Dia ni pulak time bebudak ngaji tu la dia sibuk nak bermanja tak bertempatπŸ˜…
Tengok la tu macam dia nak join sekali.
Kadang jadi riuh sebab budak yang tengah ngaji tu lari bila dia datang dekat,pandai pulak  nak menyakat orang tu.Dia ni kadang main kasar jugak,gurau2 sambil melompat lompat,excited kot tengok bebudak ramai.Kadang acah2 menggigit orang,ada masa dia lari juga, tak tahan kena gomol ngan bebudak tu.Haa...hambik nakπŸ˜…
Tengok ni, dia sibuk nak naik atas riba bagai, serammm la weiii....rasa nak jentik je telinga tuπŸ˜…
Macam tak ada tempat lain dia nak melengkor, bawah meja tu jugak la dia nak menyempit dengan budak ngaji. Adoi la, geram betul,kesian kat bebudak yang takut dengan dia, kadang ngaji pun tak tenteram.
Aritu ada budak ngaji mintak nak pelihara dia.Ibu pun tak kisah,tapi dan 2 ari je kat rumah budak tu, eh dia balik semula.πŸ˜…
Haish!!rasa kecik besor kecik besor je tengok perangai ko ni tau...kadang rasa kelakar kadang rasa nak bagi penampor je...ahahaha..leh la sesekali jadi teman penghibur hatiπŸ˜‰

Sunday, October 27, 2019

NASI LEMAK IBU


Bahan nasi lemak
Beras
Santan
Gula dan garam
Daun pandan
Sambalnya:
Cili kering blend
Ikan bilis 
Bawang merah /bawang besar
Bawang putih
Gula dan garam/ perasa.
Caranya:
Basuh beras dan rendamkan selama 10 min.Kemudian buangkan airnya dan masukkan santan.
Santan tu ikut suka nak guna santan segar ke santan kotak tapi ibu suka santan segar.Kalau guna santan kotak pepandai la cairkan sikit santan tu ye.Perasakan santan dengan garam dan gula sikit untuk naikkan rasa lemak santan.Kalau guna santan kotak ibu akan buh sikit minyak masak,ni suka ati ek nak buh ke tak tapi kalau buh nasi akan jadi cantik cam berkilat gitu😊
Masukkan santan sama je macam nak masak nasi biasa .Ibu suka guna daun pandan je tapi kalau nak buh sikit bawang merah yang di mayang pun ok .Ada orang buh halba sikit..pun ok.Ibu agak tak berapa suka kalau buh haliaπŸ˜…πŸ˜…tak tau la kenapa ibu jadi putus selera bila ada halia dalam nasi lemak,πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚ 
Sama dengan makan bubur kacang yang ada halia dalam tuπŸ˜…πŸ˜‚
Bukan salah orang yang masak tu,cuma tak kena dengan tekak ibu je.
Ok selesai bab nasi...😊
Sambal 
tumbuk bawang merah/bawang besar dan bawang putih.Biasanya bawang putih tu sikit je,tumbukkan sekali ikan bilis sikit,ikut banyak mana korang nak isi, ikut citarasa memasing la ye.Kalau nak buat sambal dalam kuantiti yang banyak,boleh la di blend jer semua bahan.
Ok mula2 ibu akan tumiskan daun pandan sehelai,kemudian masukkan ikan bilis yang tak ditumbuk sikit, da garing,masukkan bawang2 dan ikan bilis yg di tumbuk..
Dah garing sikit, masukkan cili kering yang da di mesin.
Masak sampai cili da garing dan naik minyak, masukkan sedikit gula,bila buh je gula,gerenti warna sambal bertukar jadi gelap dan cantik merahnya.
Masukkan sikit air asam jawa, garam,air dan bawang besar yang dimayang,biarkan dia mendidih hingga jadi pekat dan dah diperasakan dengan sempurna, tutup la api.
Ibu selalu pesan pada anak2, nak sambal yang sedap, mesti ada 4 rasa ni, pedas,masin,manis dan masam.
Pepandai korang la mengagak yer,rasanya mesti seimbang,InshaAllahπŸ‘πŸ‘πŸ‘
Ni nasi lemak simple je, ibu lebih suka makan dengan telor berbanding dengan ayam..jom makanπŸ˜‰πŸ˜‰πŸ˜‰

Friday, October 25, 2019

KEK COKLAT (KUKUS)

Bila datang mood rajin, tudia..dah tengah malam, tetiba rasa nak wat kek coklat .πŸ˜…
Resepi ni hasil menggogle...Alhamdulillah,ibu suka😍
Meh nak tepek resepi dia

Resepi Kek Coklat Sedap!(kukus)

Bahan-bahan buat kek coklat:
- 1 cawan serbuk koko
- 1 cawan gula pasir
- 1 cawan susu cair
- 1 cawan minyak masak
- 1/2 cawan susu pekat
- 1 1/2 cawan tepung gandum
- 1 sudu teh bikarbonat
- 1 sudu teh baking powder
- 1 sudu teh esen vanilla
- 3 biji telur

Bahan-bahan buat topping kek coklat kukus:
- 300 gm coklat masakan yang sudah dipotong kecil
- 1 sudu besar susu pekat
- 1/2 cawan susu cair
- 2 sudu besar butter
- 1/4 cawan air panas

Cara buat kek coklat
Masukkan serbuk koko, gula pasir, susu cair, minyak masak, dan susu pekat ke dalam periuk dan masak sampai sebati dengan api sederhana.
Bila dah sebati, sejukkan.
Lepas tu, pukul telur sampai kembang.
Masukkan esen vanilla ke dalam adunan dan pukul sampai sebati.
Ayak tepung, bikarbonat dan baking powder bersama, lalu masukkan sedikit demi sedikit, dan kacau sampai sebati selama 5 minit.
Masukkan adunan ke dalam loyang dan ikat dengan beg plastik/kertas foil.
Pastikan wap air tak boleh masuk dalam adunan.
Panaskan air kukusan hingga mendidih dan kukus selama 70 minit dengan api sederhana.
Jangan buka penutup kukus bila belum sampai cukup masa.
Angkat dan sejukkan.
Kek coklat kukus siap dihidangkan.

Cara buat topping kek coklat kukus:
Panaskan susu cair dan susu pekat dengan kaedah double boiler.
Masukkan coklat masakan dan kacau hingga cair.
Padamkan api dan masukkan butter, dan kacau hingga cair.
Curahkan 1/2 dari topping cair yang masih panas hingga menutupi keseluruhan kek.
Biarkan 15 - 30 minit supaya topping meresap ke dalam kek.
Panaskan kembali topping yang lebih tadi dan masukkan air panas.
Kacau hingga sebati dan curahkan lagi ke atas kek.
Bila topping dan kek sudah sejuk, boleh dimasukkan ke dalam peti sejuk.
Kek coklat kukus yang moist dengan topping siap dihidangkan.
Tadaaa....ni la hasilnya "midnite chocolate cake"πŸ˜œπŸ˜‰

Thursday, October 24, 2019

KUIH CARA MANIS

Kuih ni ibu wat petang semalam,tu pun sebab ada lebihan santan masak gulai ayam.
Dok kat dapur ni kena kreatif,guna apa yang ada untuk jadikan sesuatu ,dan belajar la untuk tidak membazir.Makanya jadilah menu ini..


Bahan2nya
Daun pandan (kisar dengan air/santan, tapis dan ambik jusnya)
2 cawan santan
1 biji telor
2 cawan tepung gandum
Sedikit garam
Air daun pandan dan santan tu,boleh jadikan skali dalam 2 cawan santan tu.
Kalau masa masak tu rasa adunan cam pekat sangat,tambah air sikit.Kalau tercair tambah la tepung sikit.. biasanya ibu guna blender je untuk adunkan semua bahan tu, kalau takut melekat sgt, boleh je masukkan sikit minyak dalam adunan tu..sonang yoo....πŸ˜‰





ROTI SOSEJ

Ibu ni bukan rajin sangat, tapi kalau mood rajin on ...ha macam2 yang ibu boleh buat,sama la dengan blog ni, ikut mood tuan dia la nak update .....πŸ˜…πŸ˜…
Eh pagi ni tak leh morning walk sebab hujan so ibu rasa cam rajin nak wat breakfast...sejuk2 ni laporrπŸ˜…πŸ˜‚
Tadaaa...

Ni versi baru angkat dari kuali,nak share resepi ke? Korang semua mesti dah pandai buatkan...Ala,bukan susah pun,canaikan roti sandwich...masukkan sosej dan balutkan je, lekatkan dengan telor.Pastu masa nak goreng leh la celupkan dalam telor dulu.Kalau ada bread crumb tu leh la golekkan dia selepas da celup dalam telor ...gerenti best!!

Ha...ni versi da sedia nak sumbat dalam mulut...comel x😜,cam duit syiling je..ok jom breakfast.. πŸ˜‰

Wednesday, October 23, 2019

SAYUR BAYAM BRAZIL

Mood berkebun da mariii....πŸ˜…lahai tak banyak pun tapi cukup la nak buang2 masa sket dok membelek pokok dari ngadap tv n hp jer!😜
Alhamdulillah,pagi ni dah boleh mengutip hasil...boleh la dari tak adaπŸ˜ƒ
Ni baru petik serumpun je...tapi cukup la tu, ibu wat goreng dengan sos tiram je...
Ha...nampak tu dapat sepinggan jugak...😊
Tak payah bagi resepi la, masak paling sempoiπŸ˜‰


Tuesday, October 22, 2019

GULAI MASAM TEMPOYAK IKAN KEMBUNG


Baru ni maklong bagi ikan kembung sebekas,jadi abaikan la rupa ikan kembung tu ye,ibu tengok pun kesian betul dia kena siang sampai tara tu...πŸ˜…πŸ˜‚
Makanya ibu masakkan gulai masam tempoyak ikan kembung.Masakan ni sama dengan je resepi masak patin tempoyak cuma yang bezanya ikan laut,pada orang yang tak makan ikan sungai boleh je ganti dengan ikan tenggiri ke, sedap ngat weh!!😊
Versi gulai masam ibu tu, ikut apa je bahan yang ada dalam fridge dan sesuai tuk di leburkan bersama..πŸ˜‰

PES KUNYIT HOMEMADE...

Aritu kawan ibu balik dari kelantan dia bagi ibu mende ni, rupanya  pes kunyit homemade,ibu rasa seronok plak guna pes tu, mudah dan sedap sebab guna kunyit hidup.
Bila da abis, ibu rasa cam terajin plak nak wat sendiri.
Jadi ibu cari la kunyit hidup dan garam kasar, senang je nak wat cuma renyah dan kotor sket, kalau tak nak comot jari jemari tu, boleh je guna glove.
Blend jer kedua2 bahan tu...ibu blend guna dry blender, so tak perlu letak air ye.
Kunyit hidup

Tadaaa...da siap dan boleh la simpan dalam fridge.πŸ˜‰

Monday, October 21, 2019

SAMBAL TEMPOYAK PETAI BILIS/UDANG.


Bahan2nya
Ikan bilis/ udang
Cili api
Kunyit hidup
Bawang besar
Tempoyak
Petai
Pati santan(ikut suka)
Semua tu agak2 la ye..ikut citarasa memasing..hihi..
Caranya
Tumiskan cili api n kunyit hidup yang da di blend,masukkan ikan bilis ,pastu masukkkan tempoyak,gaul sebati ,buh pati santan dan masukkan petai dan bawang besar yang da dimayang, perasakan la ikut citarasa korang.Kalau ikut ibu mesti nak ada rasa pedas, masam, masin dan manis tempoyak..da nmpk naik minyak sket..siap ler.

Saturday, October 19, 2019

SAMBAL CENCALOK GORENG


Cencalok sedap tapi agak terlalu masin, jadi ibu suka wat cencalok goreng untuk mengurangkan rasa masinnya.
Bahan2nya..
Cencalok sebotol( dibasuh sedikit dengan air paip dan di toskan.)
Bawang besar 2 biji di dadu
Cili api 10 biji atau lebih di tumbuk
Sebiji-2 biji limau kasturi
Sedikit gula.(kalau perlu)

Gunakan minyak masak yang sedikit untuk tumiskan bawang ,kemudian masukkan cili api , pastu masukkan cencalok , gorengkan sehingga agak tidak berair..boleh la di perahkan air limau kasturi..dan angkat.

Monday, October 14, 2019

KUIH KUBANG BADAK@BADAK BERENDAM


Kuih kubang badak ni terkenal di daerah Chenor, Pahang,tapi rupanya sama je dengan kuih badak berendam..😊

Kuih ni cerewet sikit nak buatnya sebab banyak stepπŸ˜…
Mula2 kita kena buat intinya dulu..
Kelapa muda (parut)
Gula merah(kalo guna gula kabung lagi syok)
Gula pasir
Air
Garam.
Masakkan semua tu jadikan inti..tapi nak bg sikit tips..bila da nak kering tu, jgn kering sangat...cam lembab2 sket tu taburkan sikit tepung gandum dan kacau rata....nak bagi dia melekat sket ..senang nanti nak masukkan dalam doh dia x lerai.πŸ˜‰

Pastu sediakan doh tuk badak...
2 cawan tepung pulut putih
2 sudu tepung pulut hitam
Air
Bancuhkan semuanya memjadi doh cam nak wat buah melaka tu
Kemudian gentel la sebiji2 dengan masukkan inti kelapa dalam doh tu.

Pastu buh daun pisang wat lapik dalam loyang,oleskan dengan minyak sikit ,pastu susunkan badak tu.
Bancuh 2 cawan santan dengan 2 sudu tepung gandum dan perasakan dengan sikit garam dan gula...curah dalam loyang dan kukuskan ..10-15 min kot...tapi kena tgk2 jgk..jgn sampai santan sampai terpecah minyak..nanti tak cantek kejadiannya.πŸ˜…
*santan tu tengok pada jumlah badaknya ye...kalau banyak badaknya ..buat la lebih santannyaπŸ˜‚

Friday, October 11, 2019

ASAM PEDAS BODO@ASAM REBUS@GULAI MASAM


Macam2 nama untuk resepi ni,tapi mendenya sama je...Ni la masakan paling sempoi,tu pun ramai orang malas nak masak jugakπŸ˜…
Cara masaknya
Ikan- ikut suka korang la nak guna ikan apa..yg ibu masak tu guna ikan sungai.
Cili api -10 biji, pun ikut korang rasa nak pedas lagi tambah ler.
Bawang besar sebiji
Asam keping - 2 keping
Kunyit -nak sedap guna la kunyit hidup
*timun masak,terung asam, bendi, belimbing buluh...ni semua sukati korang nak tambah apa dalam gulai masam korang...boleh belaka.
Cili , kunyit ngan bawang tu kalo malas sangat, blendkan je..pastu buh asam keping, garam dan air ...renihkan je la semua tu dan bubuh la ikan dan sayur pilihan...semua da masak elok dan rasanya pun da sedap, tutup la api...senangkan!πŸ˜‰

TAUHU SUMBAT


Petang ni, sambil menunggu "belanjawan",ibu belanja tauhu sumbat ekk...😊
Senang giler nak wat tauhu sumbat...goreng je tauhu tu belah dua, bentuk 3segi, kemudian belah atasnya cam wat poket dan sumbat je la dengan sayur yang korang suka...macam ibu hanya guna apa yang ada dalam fridge tu...πŸ˜…

Untuk sosnya ibu hanya guna 2 senduk cili kering blend,2 biji bawang putih yang diketuk,gula, garam dan cuka.Kalau nak guna air asam jawa je pun boleh.Kalau nak buh gula kerek sikit pun lagi sedap.
Masakkan semua tu bersama 2 cawan air...biar kan merenih sehingga sos jadi pekat dengan menggunakan api yang kecil.Korang perasakan la  ikut citarasa memasing okπŸ‘Œ

Sunday, October 6, 2019

PATIN MASAK TEMPOYAK


Patin masak tempoyak ni, masakan paling sempoi skali...asal ada IKAN PATIN ,CILI API,
TEMPOYAK,KUNYIT HIDUP dan DAUN KESUM
Dah cukup syarat la tu..ada orang suka jugak buh bunga kantan, ada yang guna daun kunyit jugak...suka ati korang, ikut citarasa ibu, ibu tak suka campur macam2 daun sebab hilang rasa dan bau tempoyak tu.πŸ˜…
Kalau guna tempoyak yang masam tak perlu tambah sebarang asam, tapi kalau tempoyak tu tak berapa nak masam dan manis lagi boleh la tambahkan asam keping sikit.Ibu tak berapa suka masak tempoyak yang ditambahkan asam keping...πŸ˜…
Bahan2 yang ibu nyatakan kat atas tu ikut la citarasa korang sebab kita masak ikut  kuantiti ikan yang digunakan...dari segi rasanya ibu akan buh garam kasar dan sedikit gula tuk nak maniskan tempoyak, sekiranya tempoyak tu terlebih masam dan akan memberi rasa sedap pada tempoyak tu...pepandai la mengagak ye..😊

Tuesday, October 1, 2019

Sambal tempoyak daun kayu


Pagi tadi dok jogging ngan member2, sempat pulak memetik pucuk ubi yang tidak bertuan...πŸ˜…
Tetiba datang idea kawan tu nak masak sambal tempoyak buh pucuk ubi...kebetulan kat rumah yang lain ada yg tanam pokok kunyit , ada pokok kaduk dan ibu ada tempoyak , santan dan cili api ...kita kumpul lah bahan2 nak masak dan masak bersama ..Bila mokcik2 bawang memasak pulak..πŸ˜…πŸ˜…
Akhirnya...tadaa...

Masak ni simple je semua pucuk kayu tu kita hiriskan halus cam nak wat bunga rampai..
Guna la pucuk apa2 je yang sesuai
Pucuk yang ibu guna tu,pucuk ubi,pucuk kaduk, daun kunyit, pucuk memgkudu , pucuk petai belalang..petai belalang..hihi...nak sedap guna la petai  betul tu,terung pipit dan macam2 pucuk lagi..ok je.
Tumbuk cili api dan bawang merah dan ikan bilis...nak sedap lagi boleh je guna udang 😊tumiskan ...bubuh tempoyak ..santan ...perasakan ...buh semua pucuk tu dan kacau sebentar...leh angkat.