Sunday, November 10, 2019

ROTI IKAN


Pernah dengar ke nama menu ni..hihi,sebenarnya ibu pun suka suki je bagi nama tu,yang penting sedap😊
Ok,nak citer sikit..kuah laksa lemak tu ada lebih,nak buang sayang.
Makanya ibu panaskan kuah tu tambah sikit bawang merah,halia,halba,gula sikit dan masak hingga kuah tu kering.Hasilnya akan jadi macam inti temosa.
Ha..lebih kurang camni,jangan kering sangat.
Pastu ibu buat doh roti tu menggunakan resepi roti puree, cumanya dalam resepi roti puree ada guna marjerin tapi untuk roti ni,ibu guna minyak masak 2 sudu.Sila rujuk pada resepi roti puree ibu kat bawah tu..😅

Kemudian canaikan doh dan letakkan inti ikan tu dan lipat menjadi segi empat.
Jangan bubuh banyak sangat inti, nanti bila dah lipat dia jadi padat,pepandai korang la mengagak😅
Masa mencanai tu boleh la buh minyak masak sikit pada doh tu,da siap leh la gorengkan dan terbalik2 kan dia.Apa yang penting jangan membazir tau😉.

No comments:

Post a Comment