Biasa laksa penang ke laksa utara,kuah dia tak bersantan tapi kalau laksa pahang atau laksa johor, jenis bersantan dan warnanya agak kemerah2an.Meh ibu nak share laksa kuah lemak,lebih pada masakan cara trengganu dan kelantan,tapi yang ni versi ibu....๐
Ikan selayang(sardin) 10 ekor
Kelapa parut sebiji (ambil santan)
Bawang merah 4 ulas
Bawang putih 3 ulas
Halia setengah inci
Lada hitam 2 sudu besar
Asam keping
Garam kasar
Gula
Serbuk perasa
Rebuskan ikan bersama sedikit garam dan asam keping,wei...sebelum rebus tu buang la perut dia dulu ek..๐
kemudian asingkan isi ikan dan tulangnya.
Jangan buang tulang ikan tu, kisarkan isi ikan dengan lebihan air rebusan ikan tadi.
Pastu ketepikan,dan kisarkan tulang ikan dengan air dan tapiskan airnya dan buangkan tulang tu.
Perahkan santan,kisarkan bawang/halia dengan sedikit santan dan satukan santan, isi ikan dan air tulang ikan tu.Letakkan sedikit asam keping dan lada hitam yang telah dikisar.
Masakkan di atas api yang sederhana sehingga masak,tapi jangan sampai pecah minyak,jadi kena selalu di kacau.
Perasakan dengan garam dan gula sikit..ikut tekak korang la ye..๐
Untuk laksa tu, ikut korang nak guna laksa beras ke, spaghetti tapikan ibu guna milidi je..hehe..๐
Rebus milidi can rebus spaghetti je,pastu ulam2 dia ibu guna kacang panjang,timun dan togey sila rujuk gambar di atas๐
Kemudian ibu kisarkan cili kering,kalau nak potongkan cili api pun ok je.Ibu letakkan juga sedikit belacan,sapa nak buh belacan masa makan nanti boleh la buh ikut selera memasing,tapi pada yang resdung tu jangan lupa diri๐
ok selamat mencuba๐
No comments:
Post a Comment